Selasa, 28 Jun 2011

Teknologi Pendidikan

Pengenalan
1.0       Definisi  Teknologi Pengajaran
Berdasarkan definisi yang dikeluarkan oleh AECT (1977) teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta merekabentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses itu adalah bermatlamat dan terkawal.
Satu lagi tafsiran berkaitan definisi teknologi pengajaran telah dikeluarkan oleh AECT pada tahun 1994.  Ia mendefinisikan Teknologi Pengajaran adalah sebagai teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus, dan menilai proses suatu sumber untuk pembelajaran.

1.1  Peranan Teknologi Pengajaran
Persaingan masyarakat dunia dalam era globalisasi abad ke 21 ini dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada dunia pendidikan negara  ini. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintergrasikan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah sangat diperlukan.Abdul Rahim Mohd. Saad (1996) menjelaskan bahawa cabaran ini meninggalkan implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan bidang penyelidikan, Dengan wujudnya teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat sehingga menimbulkan dua persoalan iaitu :           
a)       Kesesuaian dan kerelevanan isi kandungan program pendidikan latihan masa kini.
      b)      Kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada berbanding teknologi masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan